Terkini

Menu

Jom Puji Usaha Anak Bukan Hasil Anak

Puji USAHA anak bukan HASIL anak


Bila anak siapkan hasil kerja mereka tak kira apa jenis karya pun, dia tunjukkan pada kita, kita beri perhatian dan mula puji,

"Wah cantik kakak lukis!"


Bagaimana kalau karyanya tak cantik/buruk? Anak jadi keliru. Sebab itu kita sepatutnya puji USAHA anak berkarya bukan HASILnya

"Bagus kakak, rajin kakak buat, dah siap lukisan kakak.."

Bila mana kita selalu memuji hasilnya seperti pandai, cantik, memang dia akan lebih yakin tapi lama kelamaan dikhuatiri anak membangun rasa "diri bagus" daripada orang lain lalu memandang rakan yang tak dapat buat karya sebagus dia sebagai tak bagus/pandai.

Apa kata kita fokus puji akhlaknya yang baik seperti bersungguh-sungguh, suka menolong, rajin dan lain-lain. Bila puji hasil sebenarnya ia akan membina ego dan labelling, anak akan mula mengejar result, mereka hanya kejar mahu pandai dan result bagus tak kira apa cara pun, sebab orang pandang result kan?

Kita lupa sebenarnya perkara yang perlu dipuji adalah akhlak anak, jika anak dah usaha tapi resultnya kurang bagus. Pujilah usahanya, itulah yang Rasulullah SAW buat.

Katakan anak kita sedang lekat sticker dalam buku sticker tapi dia lekat di luar ruang, jangan kondem terus,

"Salah la kakak, patut sticker ni dalam kotak!"

Tapi cuba raikan usaha anak, cuba anda bayangkan usaha seorang anak kecil nak lekat sticker dalam ruang yang sepatutnya, susah tu, kena bersungguh-sungguh buat dan fokus. Maka puji usaha mereka,

"Bagus kakak rajin lekat sticker, bersungguh-sungguh walaupun nampak susah."

Tanya lagi, "Kenapa kakak lekat stiker tu kat luar bukan kat dalam kotak ni."

Jangan terkejut pula dengan jawapan anak-anak, mereka ni kreatif dan otak sedang berkembang!

Insyaallah bila kita selalu puji usaha anak, ia bukan saja meningkatkan self esteem dan yakin diri anak-anak tapi juga memupuk akhlak yang baik.

Puji usaha mereka seperti tolong mama ambil pampers adik, tolong buang sampah dan lain-lain walaupun kadang2 usaha mereka mungkin tak seperti yang kita mahukan. Tapi keinginan nak membantu kita itu sangat besar nilainya

Jom mulai hari ini cuba fokus puji USAHA mereka bukan HASILnya.

Salam sayang,

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Jom Puji Usaha Anak Bukan Hasil Anak "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM