Terkini

Menu

Serius Ke Kalau Anak Lambat Bercakap?

Serius Ke Kalau Anak Lambat Bercakap? - SLP Aishah Kassim

Serius Ke Kalau Anak Lambat Bercakap?

Rasanya serius atau tak?

Bagi saya personally memang serius jika anak lambat bercakap. Berikut adalah sebab-sebabnya..


  1. Bercakap berkait rapat dengan perkembangan mental kanak-kanak. Jadi jika kanak-kanak lambat bercakap ia mungkin disebabkan oleh masalah pada perkembangan mental kanak-kanak atau ada juga disebabkan oleh masalah pada proses atau programing di otak. Jadi memang kena periksa jika anak lambat bercakap
  2. Kelewatan bahasa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat berkembang dari segi mental dan kognitif. Kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan kognitif yang normal, tetapi kerana kurangnya stimulasi, kebolehan mental kanak-kanak akan kurang berkembang dari yang sepatutnya
  3. Kanak-kanak lambat bercakap biasanya akan lebih mudah untuk mempunyai masalah tingkah laku seperti tantrum, memukul, mengamuk dan sebagainya. Ini kerana mereka sukar untuk meluahkan emosi, keinginan dan kehendak secara verbal, jadi mereka akan lakukannya secara fizikal.
  4. Kelewatan bahasa biasanya akan berterusan sehingga kanak-kanak besar dan masuk sekolah jika tidak dirawat dengan sepatutnya
  5. Boleh menyebabkan kanak-kanak stress sebab mereka tidak boleh menyampaikan mesej, emosi, kehendak, keinginan, memberitahu sesuatu, bertanya soalan dan lain-lain. Bayangkan jika kita tak boleh bercakap dan bagi tau sesuatu pada orang lain.. stress kan.. kanak-kanak pun sama.
  6. Kanak-kanak dengan kelewata bahasa juga biasanya ada masalah untuk memahami arahan atau perkataan, ayat dan lain-lain. Jadi jika masuk ke sekolah atau tadika atau taska, mereka akan mengalami kesukaran dan struggle untuk memahami apa yang cikgu cakap dan menyebabkan mereka ketinggalan.
  7. Umur kritikal kanak-kanak untuk belajar bahasa adalah sehingga 5 tahun. Selepas itu kebolehan otak untuk belajar bahasa akan menurun. Jadi jika ditunggu tunggu tanpa sebarang tindakan sehingga umur 5,6,7 tahun baru nak mula ajar bahasa, memang agak sukar untuk mencapai tahap bahasa yang normal
  8. Biasanya kanak-kanak yang lambat bercakap ni lambat juga untuk kemahiran-kemahiran yang lain
Sumber: SLP Aishah Kassim
Serius Ke Kalau Anak Lambat Bercakap?

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Serius Ke Kalau Anak Lambat Bercakap? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM