Terkini

Menu

Ketahui Bahaya Selipar Getah Tehadap Anak-Anak Ketika Menggunakan Escalator

Bahaya Selipar Getah Ketika Naik Escalator

Bahaya Selipar Getah Ketika Naik Escalator

Pemakaian sandal atau kasut getah yang lembut oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian dan diawasi oleh penjaga kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa tanggungjawab bagi memastikan keselamatan ketika menggunakan eskalator terletak pada pemunya dan pengguna.

“Tanggungjawab pihak pemunya adalah sentiasa memastikan setiap eskalator yang dipasang di premis mereka disenggara mengikut jadual penyenggaraan yang ditetapkan oleh pembuat.

“Tanggungjawab pengguna pula memerlukan mereka lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan eskalator termasuk memastikan dan mengawasi anak-anak yang dibawa bersama,” katanya.

Ini termasuk memastikan kaki berada dalam garisan yang ditetapkan (yellow demarcation line) serta mematuhi setiap arahan dan tatacara penggunaan yang disediakan oleh pihak pemunya.

“Sekiranya semua langkah ini dipraktiskan oleh pemunya dan pengguna, kemalangan boleh dielakkan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan susulan kes kemalangan eskalator di KL Sentral pada 8 Februari lalu, melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

JKKP memandang serius insiden tersebut, tambah kenyataan itu.

Jabatan itu sebelum ini menerima laporan 31 kes kemalangan melibatkan eskalator dari 2011 sehingga Mei 2015.
Ketahui Bahaya Selipar Getah Tehadap Anak-Anak Ketika Menggunakan Escalator
Bahaya Selipar Getah Ketika Naik Escalator

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Ketahui Bahaya Selipar Getah Tehadap Anak-Anak Ketika Menggunakan Escalator "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM