Manfaat Senaman Kagel Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin
Manfaat Senaman Kagel Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin
Anda pernah tahu mengenai senaman kagel? Jom kita ketahui manfaat senaman kagel untuk anda di sini.
Senaman kegel bukanlah senaman yang asing pada masyarakat kita. Malahan ia adalah senaman yang popular di kalangan wanita, terutama buat mereka yang sudah berkahwin dan baru lepas bersalin.
Senaman ini menjadi pilihan ramai wanita, namun jarang dibicarakan secara umum. Ini adalah kerana ia masih tabu dan ramai wanita berasa malu untuk membicarakannya walaupun sesama sendiri. Mungkin kerana ia melibatkan bahagian sulit wanita dan mereka merasakan ia tidak perlu diperkatakan secara terbuka.
Senaman ini dikenali sebagai senaman kegel bersempena dengan nama pengasas yang memperkenalkan senaman ini, iaitu Dr. Arnold Kegel.
Apa Itu Senaman Kegel?
Senaman kegel ialah senaman yang menguatkan otot pelvis. Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian, selain sesekali berurut atau bersengkak.
Di dalam kumpulan otot ini lah terletaknya bahagian sulit wanita iaitu otot vigina. Kebanyakan wanita mengalami masalah kelemahan otot pada bahagian sulit. Punca kepada kelemahan otot pada bahagian tersebut adalah kerana faktor usia, melahirkan anak, obesiti ataupun keturunan.
Fungsi Senaman Kegel
Pelbagai kebaikan dan faedah apabila anda konsisten melakukan senaman kegel. Antaranya ialah:
1) Mengatasi Masalah Membuang Air Kecil
Wanita pasti sering akan menghadapi masalah ini, terutama mereka yang sedang sarat mengandung dan selepas bersalin. Antara masalah yang sering dialami ialah terbuang air kecil secara tiba-tiba sewaktu terbatuk atau terbersin.
Senaman ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
2) Meningkat Kualiti Hubungan Kelamin
Mungkin sebelum ini, ramai wanita yang malu untuk mengakui bahawa mereka mempunyai masalah ketidakpuasan dalam hubungan kelamin bersama pasangan kerana masalah vagina yang tidak ketat, terutama bagi mereka baru selepas bersalin.
Melalui senaman ini, ia mampu menguatkan otot vagina anda supaya lebih mantap dan mencengkam, sekaligus akan membuatkan kualiti seks anda bersama pasangan menjadi lebih baik.
3) Mengurangkan Masalah Senggugut
Senaman kegel ini juga dipercayai dapat mengurangkan masalah senggugut yang sering dialami oleh wanita apabila mereka datang bulan. Senggugut mungkin juga disebabkan kelemahan otot pada vagina ketika pendarahan semasa datang bulan.
Apabila melakukan senaman kegel, ia mampu membantu menguatkan kembali otot vagina anda yang lemah itu memandangkan senaman ini menguatkan bahagian pelvis anda.
4) Mengatasi Masalah Peranakan Turun
Masalah ini sering terjadi kepada wanita yang sedang mengandung. Antara punca kepada masalah peranakan turun ialah apabila wanita mengandung itu mengangkat berat atau bebanan. Selain itu, aia juga mungkin disebabkan oleh otot pada rahim yang tidak kuat.
Senaman kegel secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini kerana ia bukan sahaja menguatkan vagina, malah ia juga merapatkan otot rahim anda.
Cara Melakukan Senaman Kegel
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan senaman kegel. Anda boleh melakukannya melalui pelbagai cara iaitu secara duduk, berdiri mahupun berbaring.
Tahan nafas ketika melakukan senaman kegel. Cuba kemutkan faraj anda ketika hendak membuang air kecil (elakkan melakukkan selalu kerana boleh mengakibatkan kencing tidak lawas) atau ketika pundi kencing anda kosong.
Tahan sehingga kiraan 10 dan kemudian lepaskan ia seperti biasa. Ulangkannya sebanyak 25 kali dalam satu sesi dan tiga kali dalam sehari. Jika anda mampu membuang air tanpa menggerakkan kaki, itu bermakna otot pada pangkal rahim anda sudah cukup kuat.
# Lakukan senaman ini secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan. Jika masih dibelenggu masalah yang sama, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapat nasihat yang sewajarnya.
Senaman kegel jelas dapat membantu mengatasi masalah sakit puan yang sering melanda pada wanita. Sebagai wanita, anda disarankan melakukannya. Bukan setakat untuk kepuasan sendiri, tetapi juga demi kesihatan bagi memastikan anda kekal sihat dan terus bahagia dalam kehidupan.
Sumber: www.wom.my
Manfaat Senaman Kagel Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin
No Comment to " Manfaat Senaman Kagel Untuk Wanita Yang Sudah Berkahwin "