Terkini

Menu

Tips Agar Anak Mendengar Kata

Tips Agar Anak Mendengar Kata


Tips Agar Anak Mendengar Kata

Ramai ibu bapa yang mengeluh tentang sikap degil anak-anak mereka. Berkali-kali diberi arahan, berkali-kali disuruh, masih tidak bergerak. Semakin ditegur, semakin menjadi-jadi. Akhirnya ibu bapa hilang sabar lantas menengking untuk mendapatkan kerjasama daripada anak-anak.

Anak-anak yang patuh bukanlah dibentuk dengan cara kekerasan atau hukuman. Matlamat kita adalah supaya kepatuhan tersebut terbit dari kesedaran dalam diri mereka. Oleh itu, kita sewajarnya mendidik anak-anak menjadi patuh dengan cara yang membuatkan mereka menyedari bahawa kepatuhan itu ialah satu nilai yang positif.

Namun proses mendidik anak-anak menjadi patuh bukanlah satu proses yang mudah. Walau bagaimana payah sekali pun, tentunya hal ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin. Semuanya memerlukan kesabaran dan usaha yang bersungguh daripada pihak ibu bapa. Berikut adalah cara untuk melatih dan membuat anak supaya menjadi lebih patuh:


1. Konsisten
``````````````````
Untuk melatih anak supaya menjadi lebih patuh, kita harus konsisten dalam menentukan peraturan. Jika hari ini kita menghalangnya daripada bermain di jalan raya, maka esok, lusa, dan hari-hari seterusnya pun peraturan ini mesti tetap berkuat-kuasa. Anak-anak akan selalu mencari helah untuk melanggar peraturan tetapi ibu bapa harus bertegas lebih-lebih lagi peraturan yang menjaga keselamatan mereka.


2. Bersikap lembut
``````````````````````````
Anak-anak biasanya tidak dapat memberi respon dengan baik jika kita marah-marah dan membentak-bentak. Tegas bukan bermakna kita harus bersikap keras. Dalam ketegasan, kita masih boleh berlembut. Sebagai ibu bapa, kita harus cuba untuk mengerti perasaan anak-anak dan tekankan/terangkan mengapa mereka harus mengikuti peraturan dan arahan kita.


3. Beri contoh
````````````````````
Ini adalah cara yang paling efektif untuk menjadikan anak-anak patuh. Tunjukkan contoh teladan apa yang seharusnya mereka buat. Jangan menjadi seperti ‘ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul’. Jangan sampai mereka melihat kita sendiri yang melanggar peraturan misalnya kita melarang mereka membuang sampah merata-rata tetapi ada ketikanya mereka melihat kita sendiri yang mencampak sampah merata-rata.


4. Memuji anak-anak
``````````````````````````````
Jangan terasa berat hati untuk memuji anak-anak ketika mereka melakukan sesuatu yang kita arahkan. Sekurang-kurangnya mengucapkan terimakasih atas usaha mereka melaksanakan arahan kita. Dengan itu anak-anak akan merasa lebih dihargai atas usaha mereka.


5. Memberi penjelasan
````````````````````````````````
Berikan penjelasan kepada anak-anak akan maksud dan tujuan baik kita menetapkan sesuatu peraturan sehingga mereka memahami kenapa mereka harus mematuhi peraturan tersebut. Apabila mereka tahu bahawa peraturan yang dibuat itu adalah untuk kebaikan mereka, In Shaa Allah, mereka akan lebih mudah mematuhi.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Tips Agar Anak Mendengar Kata "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM