Terkini

Menu

Anak Alahan Pada Susu Lembu?

Anak Alergik Pada Susu Lembu?

Anak Alahan Pada Susu Lembu?

CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.


CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun "lactose intolerance". Ketidak tahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.

Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.

Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
  • Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
  • Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).


Gejala-gejala CMPA


1. Kulit 
  • Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
  • Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.

2. Paru-paru
  • Sesak nafas, berdehit.

3. Usus
  • Cirit-birit.
  • Muntah.
  • Najis berdarah.


Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA


Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami "anaphylaxis shock". Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.

Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.


Rawatan


Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.

Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.

Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.

Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.

Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.

Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Sumber: www.myhealth.gov.my
Anak Alahan Pada Susu Lembu?

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Anak Alahan Pada Susu Lembu? "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM