Terkini

Menu

Senaman Selepas Pembedahan Caesarian

Senaman yang boleh dilakukan selepas pembedahan Caesarian 


1. Mulakan senaman dihari pertama selepas pembedahan. Dibawah ini adalah senaman senaman yang disyorkan :
  • Senaman menarik nafas
  • Batuk untuk memulihkan paru-paru
  • Senaman betis dan kaki


2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati hati di keadaan yang selesa diatas katil.


Senaman perut setempat

  • Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi, 3 kali sehari.
Senaman Selepas Pembedahan Caesarian



Kontraksi otot otot pelvis (Kegel's Exercise)

  • Kuncupkan otot otot pelvis seperti anda menahan kencing, rasakan kuncupan otot otot pelvis dan cuba bertahan selama 5 saat dan relaks - 10 kali setiap sesi, 3 kali sehari.

Senaman Pernafasan

  • Tarik nafas dengan dalam dan rehat secara perlahan-lahan sebanyak 5 kali.
  • Ulangi setiap jam selepas bangun pagi untuk 2 hari pertama.
  • Ini bertujuan untuk membantu paru-paru bersih dan menghalang sebarang komplikasi.

Batuk

  • Bengkokkan kedua-dua lutut, duduk ke hadapan dan sokong tempat luka dengan bantal secara kemas. (Rujuk gambar)
  • Tarik nafas, tahan dan batuk dengan dalam
  • Ulang 3 kali
  • Ini bertujuan untuk membawa kahak bergerak keluar daru laluan pernafasan.



Senaman kaki

  • Gerakkan sendi pergelangan kaki kanan ke atas dan ke bawah. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar dibawah)


  • Gerakkan kedua-dua tapak kaki secara bulatan. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar dibawah)
  • Bengkok dan luruskan lutut secara selang-seli. Ulangkan 10 kali.
  • Senaman ini bertujuan melancarkan peredaran darah.

Jenis senaman yang perlu dielakkan sebaik selepas pembedahan

  • Mengangkat kedua dua kaki
  • Duduk tegak dari kedudukan berbaring
  • Melompat

Sumber: www.myhealth.gov.my
Senaman Selepas Pembedahan Caesarian

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Senaman Selepas Pembedahan Caesarian "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM