Good Boy Don't Cry?
Good Boy Don't Cry?
Kadang-kadang bila hendak anak yang melalak menangis itu diam; terutama jika lelaki, kerana hendak anak itu diam dengan segera, terpancullah kata-kata seperti "Stop crying. Good boy don't cry!"
Maka kelirulah si kecil itu kerana dia merasakan dia good boy dan dia tengah sedih atau sakit, tapi untuk jadi good boy dia tidak boleh menangis? Keliru..
Lama-lama kerana selalu sangat menerima kata-kata begini anak itu akan belajar menahan perasaannya. Menunjukkan perasaan sedih disangka bukan lelaki sejati. Menidakkan perasaannya dan timbullah 'penyakit' lain pula.
Itu untuk diceritakan pada masa yang lain.
Persoalannya adakah benar Good boy don't cry?
Pertama mengapa Ibu tidak galakkan anda mengatakan kata-kata begini kerana ianya sesuatu yang amat mengelirukan anak-anak kita.
Bila anda sering mengatakan kata-kata begini, cuba bayangkan suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seorang yang dikagumi contohnya Nabi Muhammad s.a.w. dan kita menceritakan bahwa semasa baginda baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk baginda dan baginda menangis. Ini diantara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. Kita kata Nabi s.a.w itu seorang yang baik. Tapi baginda menangis. Oleh itu bagaimana jadinya sekarang ini? Baik ke Nabi? Tapi dia menangis? Nampak?
Bila kata-kata seperti Good Boy Don't Cry bila disebut berkali-kali akan menjadi satu kepercayaan ke dalam diri anak-anak kita. Kesannya ia menjadi belief system nya dan bila ini terjadi ada dua kemungkinan, satu kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy...itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Jika dia mengambil kepercayaan ini, maka banyaklah masalah lain yang bakal timbul.
Kedua, sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan.
Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu zahirkan. Suka, gembira dan kasih dan sayang pun payah untuk dia rasa dan zahirkan.
Oleh itu jika tidak mahu anak menangis melalak contohnya boleh juga buat begini:-
1- tanya dengan ikhlas kepada apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri 'menu list' sebab. Contoh; Abang, kenapa abang menangis? Atau .
Sayang, apa yang menyebabkan sayang menangis?
Abang sedih? Abang marah? Abang have bad dream?
2- Bila sudah tahu, barulah 'offer' bantuan.
3- kalau mama peluk okay tak? atau nak mama duduk dekat abang jer?
Semasa anak Ibu yang bongsu tu masih kecil, bila dia letih atau sedih dia akan menangis. Dan bila Ibu tanya memang dia tidak boleh memberitahu. Jadi Ibu akan katakan kepadanya...Fia boleh merengek pada mummy, merengeklah, mummy peluk Fia. Fia tak perlu menangis kuat sebab, I am here and I love you.
Sekarang ni dia sudah 20 tahun dan dia bercerita kembali kepada Ibu bahawa cara yang Ibu lakukan itu sangat membantu dia mengendalikan perasaannya pada masa itu bila Ibu mengizinkan dia mengeluarkan frustration dengan cara merengek.
Ya, memang ada masanya susah untuk menenang anak kita; namun jika kita boleh kuatkan sangka baik kita terhadap anak kita yang sedang menangis itu, contohnya tentu dia ada sebab dia menangis dan kita mampu membantu dia mengendalikan perasaannya dengan positif.
Masalahnya adakalanya kita suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang akan menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cengeng, lembik dn sebagainya.
Ingat ya, kata-kata kita boleh menjadi doa yang tidak kita sengajai.
Bagi para ibu bapa yang tanpa sengaja telah mengatakan perkataan seperti ini kepada anak-anak dengan harapan mereka akan berkelakuan seperti yang kita mahukan....it is ok jika telah tersilap. Kita belajar dan terus belajar. Kita ni manusia, mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang penting bila kita sudah faham dan sedar, kita perbaiki diri kita.
Good Boy Don't Cry?
No Comment to " Good Boy Don't Cry? "