Terkini

Menu

7 Rahsia Mendidikan Anak Yang Wajib Anda Tahu


7 Rahsia Mendidikan Anak Yang Wajib Anda Tahu

7 Rahsia Mendidikan Anak Yang Wajib Anda Tahu

  • Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

  • Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Sudah tu, berhenti main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Ok, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

  • Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka riuh bising dan hendak bergaduh, dan engkau ingin meleraikan mereka, maka katakanlah: “Ok.. Siapa yang nak mendengar cerita saya, angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

  • Katakan kepada anak-anak ketika hendak tidur: “Ok tidur sayang.. esok pagi kan kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Ok tidur sekarang, esok sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

  • Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka. Jadilah seperti anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.

  • Ketika bersama anak-anak, tinggalkan handphone dan matikan juga TV. Jika ditelefon oleh seseorang tetapi urusannya tidaklah begitu penting, katakan kepadanya: “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya kewibawaan anda, ataupun hilangnya kepribadian anda. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

  • Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia maupun di akhirat.

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " 7 Rahsia Mendidikan Anak Yang Wajib Anda Tahu "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM