Terkini

Menu

Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W'

Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W'

Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W'

Adalah menjadi kebiasaan ramai anak kecil dan mungkin termasuk anak kita sendiri yang sering duduk dengan melipat kaki seakan-akan berbentuk W ataupun juga dikenali dengan simpuh katak.

Ia memang dilihat menjadi kebiasaan kanak-kanak berusia 2 tahun kebawah tetapi tahukah anda bahawa cara duduk begitu jika  menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.



Memetik tulisan di web childsplaytherapycenter.com, cara duduk sedemikian akan menyebabkan otot bawah tubuh kanak-kanak akan menerima tekanan di mana ia boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Walaupun cara duduk sebegini membuatkan kanak-kanak selesa tetapi sebenarnya otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi kerana mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Selain itu, kerana tabiat duduk sebegini akan menyebakan otot kaki, pinggul dan buku lali anak kemungkinan mengalami masalah "hip dislocation" yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya akan menyebabkan cara anak anda berjalan seperti kaki melengkung ke dalam (seperti gambar di bawah) dan menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.



Kekerapan untuk duduk simpuh katak ini akan memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai alat sokongan keseimbangan.


Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka. - Siakapkeli.my

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W' "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM