Terkini

Menu

The Power Of Consistent Parenting

The Power Of Consistent Parenting

The Power Of Consistent Parenting

2+2 BERAPA SEBENARNYA UMMI?

Cuba kita bayangkan keadaan dimana anak-anak diajar di sekolah 2+2=4, tapi bila di rumah 2+2=6, bila balik kampung pula 2+2=16, kawan-kawan kata 2+2=2, ibu kata 2+2=10 ayah pula kata 2+2=2. Apa agaknya idea yang akan terbentuk dalam minda anak-anak? Bila agaknya mereka akan dapat memahami konsep sebenar 2+2?

Kanak-kanak belajar menggunakan konsep "rehearse and re-learn", iaitu pengulangan dan konsistensi. Bila dia belajar 2+2=4 berulang kali, dalam setiap keadaan dan setiap orang yang mereka jumpa mengakui idea yang sama (2+2=4), akhirnya 2+2=4 terbentuk menjadi kefahaman yang tidak akan boleh berubah.

Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak tentang sesuatu dalam hidup. Tidak kira ilmu agama, akhlak disiplin mahupun sebarang konsep moral (baik buruk).

Anak-anak perlu dididik secara konsisten sehingga konsep tersebut difahami dengan baik. tanpa konsistensi, anak-anak akan keliru dan idea yang baik yang ingin ditanam akan sukar melekat.

Contoh masalah tidak konsistensi dalam pendidikan anak-anak:
  • Ibu dan ayah berbeza pendekatan dan pandangan dalam sesuatu hal. Pergi kat mak cakap lain, ayah cakap lain pula.
  • Kita tetapkan sesuatu disiplin (contohnya no screen on dinner time), tapi kita sendiri yang melanggar aturan kita dengan melayan wassap di meja makan.
  • Kita tetapkan suatu peraturan, bilamana anak langgar peraturan itu, ada ketika kita berkeras, ada ketika kita tak kisah.
  • Kita tanam suatu idea, contohnya 'jangan guna aku-kau', tapi anak-anak terdedah dengan persekitaran yang biasa dengan kata ganti nama sedemikian.

Semua ini menyebabkan dalam banyak hal, anak-anak jadi sukar dibentuk dengan baik. Samalah seperti kes 2+2 tadi. Terutama dalam kes anak-anak berusia 2-7 tahun (pre-operational stage, as per Piaget), ini kerana mereka masih belum memiliki fleksibiliti mental (masih rigid dalam kaedah berfikir).


Jadi nak buat apa?
  • Cuba konsisten sebaik mungkin dalam setiap ketika (sejujurnya memang susah untuk konsisten 100%, tapi wajib ada usaha ke arah itu)
  • Komunikasi dengan pasangan - agar peraturan, kaedah dan pendekatan tidak terlalu ektreme antara satu sama lain.
  • Choose you priority - jangan cuba tanam terlalu banyak idea kepada anak-anak pada satu-satu masa. fokus satu-satu dan konsisten dengannya. Contohnya, pilih satu minggu untuk ajar anak tentang jangan membazir. Jadi fokus kepada idea ini secara konsisten dalam tempoh itu dan jangan kelirukan dengan konsep-konsep lain.
  • Dalam keadaan-keadaan yang peraturan perlu dipinda (contohnya bila ayah cakap 'aku' dengan kawan-kawan / dari upin ipin), bila anak dengar, ambil masa terangkan pada dia mengapa ayah boleh, anak tidak.
  • Pastikan anak-anak jauh dari persekitaran yang boleh menerapkan nilai bertentangan dengan idea kita. Contohnya, kawal pergaulan mereka, bahan yang mereka tengok atau baca.
  • Jangan cipta peraturan ektreme yang kita tahu kita sendiri pun tak boleh istiqamah.

Selamat berusaha untuk menjadi konsisten! Saya pun sedang mencuba. Begitu juga anda.

Sumber: Dr Rozanizam

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " The Power Of Consistent Parenting "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM