Terkini

Menu

Bahaya Bukak Tingkap Waktu Maghrib.. Semua Mak Ayah Wajib Tahu

Bahaya Bukak Tingkap Waktu Maghrib.. Semua Mak Ayah Wajib Tahu
 
 Bahaya Bukak Tingkap Waktu Maghrib.. Semua Mak Ayah Wajib Tahu

Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!

Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai:-
  • demam tinggi
  • jadi taknak menyusu langsung
  • muntah-muntah
  • penafasan laju
  • sawan
  • perut kembung
  • tak berak dan tak kencing
  • cirit birit yang cair ataupun beserta darah

Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.

Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.

Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.

Nak tahu anak kita kena gangguan 'luar' waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :

  1.   Menangis pada waktu senja
  2.   Ada pintu yang terlupa nak ditutup
  3.   Anak normal dan takde sakit apa-apa
  4.   Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.

Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.

p/s: Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
 

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Bahaya Bukak Tingkap Waktu Maghrib.. Semua Mak Ayah Wajib Tahu "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM