Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Keselamatan"

Awas! Pemangsa Mungkin Bersembunyi di Poket Anak Anda

/ No Comments

Awas! Pemangsa Mungkin Bersembunyi di Poket Anak Anda

Zaman sekarang, anak-anak kita ibaratnya lahir-lahir saja sudah pandai swipe skrin. Dunia digital sudah menjadi taman permainan mereka. Tapi, di sebalik semua keseronokan itu, ada satu bahaya senyap yang kita sebagai ibu bapa wajib tahu: cyber grooming.

Bunyinya macam istilah teknikal, kan? Tapi sebenarnya, ia adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Cyber grooming ialah taktik licik pemangsa (selalunya orang dewasa) untuk memanipulasi dan membina hubungan emosi dengan anak-anak secara dalam talian. Tujuannya hanya satu: untuk eksploitasi seksual.

Proses ini berlaku perlahan-lahan, macam air yang menitis. Pemangsa akan jadi "kawan baik" anak anda, membuatkan mereka rasa difahami dan istimewa, sehinggalah terlambat. Jangan risau, artikel ini bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk memberi anda "kanta pembesar" untuk mengesan tanda-tanda bahaya dan membina perisai untuk melindungi si manja.

Tanda-tanda Amaran: Bila Si Manja Mula Berubah

Pemangsa sangat licik. Mereka akan tabur perhatian, bagi hadiah, dan puji-pujian untuk memenangi hati anak anda. Perhatikan jika anak anda menunjukkan perubahan-perubahan ini:

  • Tiba-tiba Jadi Perahsia 🤫: Cepat-cepat tutup laptop atau sorok telefon bila anda lalu. Kalau ditanya, jawapannya mesti, "Tak ada apa-apalah!".

  • Emosi Macam Roller Coaster 🎢: Sekejap murung, sekejap cemas, sekejap marah tanpa sebab. Mereka juga mungkin mula menjauhkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan rapat.

  • Lebih Suka Menyendiri: Banyak menghabiskan masa terperap di dalam bilik, kononnya sedang bermain game atau berbual dengan kawan. Ini mungkin cara mereka berhubung dengan pemangsa tanpa gangguan.

  • Ada Hadiah Misteri 🎁: Tiba-tiba dapat barangan baru atau wang yang anda tak tahu dari mana datangnya. Ini mungkin "umpan" daripada pemangsa.

  • Obsesi dengan "Kawan" Baru: Asyik bercerita tentang seorang kawan baru di alam maya yang selalunya lebih tua. Mereka akan pertahankan kawan ini habis-habisan jika anda cuba bertanya lebih lanjut.

  • Pelajaran & Hobi Terabai: Prestasi sekolah merosot, dan aktiviti yang dulu digemari kini tidak lagi menarik minatnya.

Perisai Digital Keluarga: Jom Jadi Ibu Bapa Celik IT!

Mencegah itu 1000 kali lebih baik daripada merawat. Kuncinya adalah komunikasi dan pendidikan.

  1. Jadi Kawan Sembang Anak: Wujudkan suasana di mana anak selesa bercerita apa sahaja dengan anda, termasuk hal-hal dalam talian, tanpa rasa takut dimarahi. Biar mereka tahu, andalah superhero mereka yang sedia membantu tak kira apa pun.

  2. Ajar Konsep "Orang Asing": Terangkan pada anak, "kawan" dalam talian yang tak pernah jumpa tetap orang asing. Pesan pada mereka, jangan sesekali kongsi maklumat peribadi seperti nama sekolah, alamat rumah, atau gambar yang tidak sopan.

  3. Wujudkan "House Rules" Internet: Tetapkan peraturan mudah seperti had masa penggunaan gajet dan laman apa yang boleh dilayari. Letakkan komputer di ruang tamu, bukan di dalam bilik tidur.

  4. Guna Kuasa Parental Controls: Manfaatkan tetapan kawalan ibu bapa pada peranti dan aplikasi untuk menapis kandungan yang tidak sesuai.

  5. Ajar Anak Jadi Berani: Tunjukkan pada mereka cara menggunakan butang "Block" (Sekat) dan "Report" (Lapor). Ajar mereka untuk terus beritahu anda jika ada sesuatu yang membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Jika Anda Mengesyaki Sesuatu, Bertindak Segera!

Jika gerak hati anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, jangan panik. Bertenang dan ikuti langkah-langkah ini:

  1. Beri Sokongan, Bukan Hukuman: Dekati anak anda dengan penuh kasih sayang. Yakinkan mereka bahawa ini bukan salah mereka dan anda ada untuk melindungi mereka.

  2. Simpan Semua Bukti: Jangan padam apa-apa! Ambil screenshot perbualan, simpan gambar, dan catat nama profil pemangsa. Ini semua bukti penting.

  3. Laporkan Segera!: Jangan bertangguh. Hubungi pihak berkuasa untuk membuat laporan. Ini adalah talian bantuan penting di Malaysia:

    • Polis Diraja Malaysia (PDRM): Buat laporan di balai polis terdekat. Anda juga boleh hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 atau CCID Infoline melalui WhatsApp di 013-211 1222.

    • CyberSecurity Malaysia (CSM): Laporkan insiden siber melalui pusat bantuan Cyber999. Talian hotline ialah 1-300-88-2999 atau e-mel ke cyber999@cybersecurity.my.

    • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Aduan boleh dibuat melalui portal aduan di https://aduan.skmm.gov.my atau WhatsApp ke 016-2206262.

    • Talian Kasih: Hubungi talian bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999.

Dunia digital tidak akan hilang. Daripada melarang anak-anak kita daripada menggunakannya, lebih baik kita lengkapkan mereka dengan ilmu dan kesedaran untuk melayarinya dengan selamat. Ingat, perbualan terbuka hari ini adalah perisai terbaik untuk mereka di masa hadapan.

Bahaya Menggunakan Tungku Moden

/ No Comments

Di zaman yang serba moden ini, segala perkara menjadi semakin mudah melalui ciptaan teknologi terkini. Namun begitu, ibu bapa sentiasa harus berwaspada. Ikut perkongsian pengalaman Puan Fieza menggunakan Tungku Moden

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku percaya ramai gak diluar sana pengguna tungku moden ni. Sebab senang dan praktikal kan. Aku jugak salah seorang yang membeli tungku ni sebabnya aku mmg tak de tungku besi or batu. Tapi aku yang aku sangat kesalkan kerana alat moden ni la anak aku yang jadi mangsanya..


Tak dinafikan setiap barang yang dijual msti dah diuji selamat sebelum dipasarkan. Aku jugak percaya tungku ni ada ciri2 keselamatan tapi mungkin nasib aku kurang baik sebab dapat alat yang defect atau rosak. Akibatnya anak sendiri menjadi mangsa.


Citernya macam ni. Kejadian berlaku hari ketiga aku berpantang. Pagi2 aku arahkan mr hubby panaskan tungku tue mean chargekan la sebab aku nak bertungku. Umah aku ni plug semua kat bawah so charge dekat bawah la. Syakil lak baring minum susu tak jauh dari tempat charge tue. Kalau ikut arahan tunggu lampu biru baru tutup. Tapi aku tengok alat tue kembong semacam jer. Baru jer aku gtau mr hubby mintak syakil bangun takut terkena tungku panas tetiba benda alah tue leh meletup. Makanya air panas memancut kuar terkena Syakil. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tue. Nasib tak kena muka tapi banyak gak tempat yang kena. kalau kita kena air panas sket pun tahu macam ner rasanya ni kan pulak budak.


Lepas kena mr hubby terus siram Syakil dengan air sejuk n bawa ke klinik. Dr sahkan burn tahap pertama tapi bagi aku teruk jugak. Kawasan yang kena kepala, bahu, belakang tengkuk n tangan. Seminngu gak la dia dok menangis n tak nak mandi. Mmg dugaan dalam pantang.


Kesimpulannya even alat yang korang beli tue mmg ok dan tak rosak tapi bagi aku tetap ade bahayanya. Bayangkan kalau tetiba masa tengah tungku kat perut, alat tue pecah dah kena lak baby kat sebelah. Allahuakbar tak dapat aku nak bayangkan. So kenalah berhati-hati pas ni. Parut Syakil masih lagi tak hilang sampai skang ni...


Bahagian leher yang kena

Tangan

Bahu n telinga

Tungku moden yang pecah

Ni la lubang yang memancutkan air panas n terkena syakil.

Siapa Sangka Tiga Benda Comel Ini Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi

/ No Comments

Siapa Sangka Tiga Benda Comel Ini Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi

Risau secara berlebihan apabila sudah menjadi ibu bapa itu perkara biasa. Yelah biasanya kita akan beli barang demi memikirkan keselamatan anak-anak kita. Tanpa kita sedar rupa-rupanya barang itu bahaya kepada anak kita.

Tapi biasanya kita beli sebab nampak comel dekat mata kita. Selain itu, kita juga sudah terbiasa dan terdidik agar memiliki barang-barang tersebut apabila sudah mempunyai anak.

Mari ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif, mengenai tiga benda yang comel tapi sebenarnya bahaya kepada anak-anak. Semoga bermanfaat.

Siapa Sangka Tiga Benda Comel Ini Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi


Semua Mak Ayah Wajib Tahu Bahaya 3 Benda Comel Ni Pada Anak Mereka

1. Sarung Tangan Bayi / Baby Mittens

Ramai mak ayah tak tahu yang bayi ni sebenarnya gunakan jari jemari mereka ni untuk meransang otak mereka. Makin banyak sentuhan dan ransangan taktil, makin cepat berkembang otak anak kita.

Sebab tu la sebaiknya pakaikan mittens ni jarang-jarang je dan sebaiknya jangan pakai dah untuk anak yang dah nak masuk umur 1 bulan. Biar je anak kita meneroka dunianya dengan jari jemari comelnya.

2. Walker

Ramai mak ayah belikan walker supaya anak cepat berjalan. Salah tu! Walker ni la membuatkan ransangan otak dan otot kaki anak kita jadi makin berkurang.

Berguling, merangkak dan bermain di lantai lah yang sebenarnya menjadi asas untuk anak kita berjalan. Yang paling saya takutkan, walker ni la antara penyebab terbanyak kecederaan pada anak-anak.

Banyak kes anak melecur masuk ke kecemasan bila tersimbah air panas yang si comel di capai sendiri masa tengah naik walker ni. Di US pun kira-kira 14,000 kanak-kanak cedera setiap tahun disebabkan walker ni.

3. Bantal

Yang ni paling ramai tak tahu. Tahu tak bantal ni boleh meningkatkan risiko bayi kita meninggal secara tiba-tiba / sindrom bayi mati mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome ).

Tanpa sedar, bantal hiasan tu semua boleh menyebabkan anak kita susah bernafas dan lemas!

Sebab tu sebaiknya elakkan la pakai bantal kecuali kita memang yakin boleh pantau 24 jam tapi tak mungkin la kan? Saran saya, bila nampak anak dah lena tu, alihkan la bantal tu semua kecuali anak kita dah berumur 2 tahun ke atas.

p/s : Tolong sebar info penting ni pada mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber - Siakap Keli - Taufiq Razif

Ketahui Bahaya Selipar Getah Tehadap Anak-Anak Ketika Menggunakan Escalator

/ No Comments

Bahaya Selipar Getah Ketika Naik Escalator

Bahaya Selipar Getah Ketika Naik Escalator

Pemakaian sandal atau kasut getah yang lembut oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian dan diawasi oleh penjaga kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.

Bahaya Jerebu Pada Ibu Hamil

/ No Comments

Bahaya Jerebu Pada Ibu Hamil

Bahaya Jerebu Pada Ibu Hamil


Apakah itu jerebu?


Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, jerebu merujuk kepada lapisan tebal kabus asap atau asbut yang melitupi rantau ini, selalunya di antara bulan Mei dan Oktober. Asbut pekat dengan bahan pencemar udara. Asbut disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor:

Lemas Dikalangan Kanak-Kanak

/ No Comments

Lemas Dikalangan Kanak-kanak

Lemas Dikalangan Kanak-kanak

Pengenalan

Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.

Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa. 

Anak Disengat Serangga?

/ No Comments

Anak Disengat Serangga?

Anak Disengat Serangga?

Serangga daripada janis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Belakangan ini terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut nyawa kanak-kanak.

Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi

/ 1 Comment

Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi

Barang Wajib Ada Dalam First Aid Kit Bayi
Ramai yang mengambil mudah tentang perkara ini. Ini adalah perkara asas yang paling penting bagi kita sebagai ibu bapa. Kita wajib menyediakan kelengkapan First Aid Kit di rumah. Anak-anak kecil sering terdedah kepada bahaya kerana mereka tiada kekuatan untuk melindungi diri dan antibodi mereka juga sangat lemah berbanding orang dewasa.