Terkini

Menu

Seks Semasa Hamil

Seks Semasa Hamil

Adakah seks semasa hamil selamat?

Adakah seks semasa hamil selamat?


Selagi kehamilan anda berjalan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu. Seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan tetapi ia tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.

Ada juga pasangan yang risau seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu. Yang sebenarnya nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Pada trimester pertama, kadar naik turun hormone, keletihan dan loya boleh menjejaskan nafsu seksual anda. Pada trimester kedua, peningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual dan payudara anda mungkin meningkatkan nafsu seksual seseorang wanita semasa hamil. Akan tetapi pada trimester ketiga, pertambahan berat badan, sakit belakang dan gejala lain mungkin menjejaskan nafsu seksual anda.

Oleh itu, Berbincanglah dengan pasangan aanda tentang kehendak dan naluri masing-masing.


Seks semasa hamil boleh menyebabkan keguguran?


Ramai pasangan bimbang bahawa hubungan seks semasa hamil akan menyebabkan keguguran, terutama dalam trimester pertama. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berkaitan dengan keabnormalan kromosom ataupun masalah-masalah lain pada perkembangan bayi. Ia tidak berkaitan yang hubungan seksual yang anda lakukan.



Adakah seks semasa hamil membahayakan bayi?


Ramai pasangan selalunya risau hubungan seks boleh mempengaruhi perkembangan bayi ataupun menyakitkan bayi. Sebenarnya bayi anda dilindungi oleh air ketuban dalam rahim yang boleh menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil. Plag mukus juga membantu menutupi serviks sepanjang kehamilan anda. Oleh itu, aktiviti seksual tidak akan menjejaskan bayi anda.


Bilakah seks menjadi tidak selamat semasa hamil?

  • Mengalami risiko keguguran berulang
  • Pernah mengalami kelahiran pra-matang
  • Mempunyai masalah uri bawah ataupun plasenta previa.
  • Air ketuban anda telah pecah
  • Mengalami pendarahan faraj
  • Anda dan pasangan anda mengalami jangkitan kuman kelamin.
  • Kehamilan kembar dan pada peringkat akhir kehamilan

Sumber: http://bayi-ibu.com/
Seks Semasa Hamil

Share This:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Seks Semasa Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM