Terkini

Menu

Gejala Mengidam Ketika Hamil

Gejala Mengidam Ketika Hamil

1. Gejala Mengidam

Hampir semua wanita dari berbagai bangsa dan budaya yang berbeza mengalami keinginan mengidam ini. Sukar untuk mengatakan apa sebenarnya gejala mengidam. Kerana terlalu banyak keinginan-keinginan daripada setiap wanita yang hamil. Ada yang mengidam makanan benda yang masam-masam seperti mangga muda, limau dan sebagainya. Ada juga yang mengidam rojak, coklat, kepala ikan dan sebagainya.


Ada juga gejala mengidam, yang melampau batas normal seperti ingin menghidu minyak kereta, menjilat bau rokok, meminum minyak angin dan lain-lain perkara yang dianggap pelik. Gejala-gejala mengidam ini telah ada semenjak zaman dahulu dan terjadi pada setiap golongan masyarakat.

MengidamMengidam itu juga sangat erat kaitannya dengan perubahan hormon di dalam tubuh wanita. Pada peringkat awal mengandung, ari-ari banyak menghasilkan hormon yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh. Perkara ini dapat menimbulkan berbagai reaksi dalam diri wanita tersebut. Mungkin akan menjadi kurang seimbang, sehingga boleh bertengkar hanya disebabkan perkara-perkara kecil.

Perubahan-perubahan hormon itu juga mengubah selera wanita yang hamil. Mungkin sahaja ia tiba-tiba menginginkan makanan yang jarang atau tidak menyukainya sama sekali. Jika wanita yang sedang hamil itu ingin makan sesuatu yang menurutnya enak, maka itu bukanlah mengidam namanya. Tetapi jika ia benar-benar menginginkan sesuatu yang tidak lazim ia makan dan kadangkala tidak kita punyai, bahkan keinginannya itu hampir-hampir tidak dapat dibendung, maka ia boleh dikatakan mengidam.

Kadangkala seorang wanita tidak suka dengan mangga muda, tiba-tiba ia terbangun di tengah malam, kerana ia benar-benar ingin memakan buah tersebut di waktu itu juga. Banyak lagi kejadian-kejadian yang pelik
yang dilakukan oleh wanita yang sedang hamil ini kerana mereka mengidam sesuatu. Namun begitu gejala mengidam ini adalah biasa, perkara ini biasanya dapat difahami oleh orang lain.



2. Mengidam perubahan hormon dalam tubuh

Setiap wanita mengandung akan mengalami perubahan hormon, tetapi dalam perkara mengidam terdapat perbezaan antara masing-masing individu. Ada yang tidak dapat menahan keinginan yang pelik-pelik, tetapi ramai juga yang tidak berperangai seperti orang mengidam, kerana mereka lebih dapat menahan dirinya. Mereka disiplin terhadap diri sendiri dan mengatur keinginan ke arah yang positif.

Masa mengidam itu mungkin menjadi kenangan yang sukar dilupakan nantinya. Asalkan yang diinginkan itu bukanlah makanan yang membawa mudarat, seperti kapur, tanah, daging babi dan sebagainya. Jika mengidam dengan benda-benda yang asam mungkin masih boleh dikatakan tubuh memerlukan vitamin yang terkandung dalam asam tersebut.

Jika yang diidamkan itu sering kepada makanan yang kurang baik pada kesihatan kerana banyak mengandung lemak serta tidak mengandungi bahan pembangunan badan, maka sudah tentu akan mempengaruhi pertumbuhan janin. Pada zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap wanita mengetahui bahawa bayi dalam kandungan memerlukan bahan makanan yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Namun masih ada yang mengidam sesuatu yang kurang baik untuk kesihatannya. Kadangkala apa yang baik yang diidamkan itu tidak difikirkan dahulu manfaatnya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk bayi yang ada dalam kandungannya.



3. Pengaruh Mengidam

Pada zaman dahulu ada pendapat yang mengatakan bahawa bila keinginan seorang wanita hamil tidak terpenuhi akan berakibatkan buruk pada bayi. Mengidam dianggap merupakan isyarat kepada bayi yang meyatakan keinginannnya dengan berbagai macam selera. Oleh sebab itu seorang suami yang penuh perhatiannya akan berusaha memenuhi keinginan isterinya, walaupun ia harus bersusah payah untuk mencarinya waktu tengah malam dan sebagainya.

Mengidam sebenarnya tiada hubungannya dengan bayi mahupun kesihatannya. Walaupun begitu para suami zaman sekarangpun berusaha untuk memenuhi keinginan isteri yang mengidam itu. Ia masih beranggapan bahawa keingianan tersebut adalah keinginan bayi yang ada dalam kandungan isterinya.

Mengidam itu paling kuat dirasakan antara minggu ke lapan dan keenam belas dari masa kehamilan, iaitu ketika rasa mual mula agak berkurangan. Setelah minggu keenam belas, biasanya mengidam ini agak berkurangan, kerana tubuh telah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon. Tetapi dapat juga terjadi, sepanjang hamil masih terus mempunyai keinginan untuk makan makanan tertentu. Ini disebabkan dalam jangka masa pertama mengidam itu erat kaitannya dengan perubahan hormon dalam tubuh. Kemudian pada jangka masa seterusnya, boleh dikatakan ini lebih bersifat kecanduan.

MengidamPerubahan hormon di awal kehamilan menyebabkan berubahnya selera. Itulah sebabnya terhadap makanan tertentu, hanya mencium baunya sahaja sudah membuat wanita hamil menjadi mual. Misalnya bau nasi yang baru masak, bau orang menumis, bau asap rokok dan sebagainya. Ramai juga wanita yang sedang hamil muda tidak mempunyai selera sama sekali untuk makan. Ada pula yang selama tiga bulan pertama kehamilannya terus merasa mual, sehingga tidak menyukai beberapa jenis makanan tertentu.

Mengidam itu merupakan dorongan dari dalam. Selama yang diingini oleh wanita yang hamil tidak mengganggu keselamatan bayi mahupun dirinya sendiri, hal itu tidak ada salahnya. Tetapi pada umumnya segala apa yang diinginkan hanya membuat tekanan darah menjadi naik, pencernaan terganggu, membuat badan menjadi gemuk. Malah kadangkala menghilangkan nafsu makan sehingga tidak mahu lagi makanan yang menyihatkan. Oleh itu keinginan atau mengidam makanan yang tidak menentu itu hendaklah dilawan sahaja.

Seorang ibu yang hamil ketika datang keinginan terhadap sesuatu atau mengidam ini, hendaklah menemui teman-teman yang ada disekelilingnya, untuk mendapatkan pandangan tentang keinginannya tersebut. Dengan demikian sahabat terdekat atau keluarga dapat menyarankan dan mengalihkan sesuatu yang tidak baik yang diingini itu kepaa sesuatu yang lebih bermanfaat. Kerana mengidam sebenarnya adalah sesuatu perasaan yang ada dalam hati kecil, ataupun sesuatu keinginan yang tersembunyi, kalau diceritakan kepada orang lain, mungkin akan berkurangan.

Bagi yang mengidam selama kehamilan, maka hari terakhir sebelum melahirkan merupakan hari yang terakhir mengidam. Pada waktu kelahiran, susunan hormon juga berubah lagi, kerana keluarnya ari-ari bersama bayi. Akibat perubahan ini selera makanpun akan berubah juga. Apa yang disukai ketika hamil mungkin sekarang tidak disukai lagi. Kalau pada kelahiran pertama boleh dikatakan setiap hari memakan makanan yang asam dan pedas-pedas, maka ini tidak bererti kebiasaan itu akan kembali semula pada kehamilan yang berikutnya. Walaupun kemungkinan itu ada, kerana sekarang lebih dapat menahan diri, maka keinginan untuk makan yang aneh-aneh itu akan mudah untuk ditahan.

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

2 ulasan to ''Gejala Mengidam Ketika Hamil"

ADD COMMENT
  1. sekarang tengah mengandung yang ke-3. kembar pulak. lagi menjadi2 la mengidamnya...setiap minggu pon teringin nak makan. tapi yang senang-senan je... nasib mak dekat last week teringin makan sambal udang besar2 dengan petai..nyum22...

    BalasPadam

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM