Terkini

Menu

Penyakit APS Punca Keguguran Janin

Penyakit APS Punca Keguguran Janin

Penyakit APS

SAYA berusia 22 tahun dan sudah berumah tangga. Saya seorang suri rumah. Beberapa bulan lalu, saya keguguran ketika hamil lima bulan. Keguguran itu disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Saya dimasukkan ke hospital dan diberikan ubat tetapi tidak berkesan.


Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit antiphospholipids syndrome atau APS. Sebaik saja doktor mengesahkan anak di dalam kandungan sudah meninggal dunia, doktor menyuruh saya melahirkan bayi itu secara normal.

Doktor berpendapat kemungkinan saya untuk memperoleh anak agak sukar dan akan mengalami masalah yang sama jika mengandung semula.
  1. Adakah saya berpeluang untuk memperoleh anak ramai kerana buat masa ini saya belum mengandung?
  2. Apakah cara rawatan untuk penyakit APS dan darah tinggi terutama ketika mengandung?
Saya berharap doktor dapat memberi penjelasan mengenai masalah saya ini?

SURI MUDA
Johor Bahru, Johor.



JAWAPAN:
ANTIPHOSPHOLIPID syndrome (APS) adalah sejenis penyakit yang biasa dikaitkan dengan keguguran yang berulang.

Keadaan ini berlaku kerana wujudnya pembekuan darah atau trombosis dalam saluran darah di bahagian uri yang menyebabkan janin tidak mendapat oksigen dan pemakanan secukupnya. Kadangkala, keadaan ini akan menyebabkan kematian janin.

Penyakit ini juga lazimnya menyebabkan tekanan darah tinggi ketika hamil. Keadaan ini juga akan menambahkan lagi permasalahan kepada janin yang sedang membesar.

Beberapa ujian darah perlu dilakukan sebelum seseorang pesakit itu didiagnosa berpenyakit APS, seperti mempunyai kadar kandungan antibodi anticardiolipin yang tinggi.

Ciri lain ialah:

  1. Mempunyai tiga atau lebih keguguran berturut-turut sebelum minggu ke-10 kehamilan, selepas dipastikan bahawa kromosom (genetik) ibu bapa bukan penyebab keguguran.
  2. Melahirkan seorang atau lebih bayi pramatang sebelum minggu ke-34 disebabkan tekanan darah yang tinggi ketika hamil.
  3. Mempunyai seorang atau lebih bayi atau janin normal yang meninggal dalam kandungan selepas 10 minggu kehamilan.
Wanita yang berpenyakit sebegini lazimnya mempunyai sejarah kehamilan yang rumit dan berkomplikasi seperti intrauterine growth restriction (IUGR) atau bayi yang tidak cukup berat mengikut umurnya, darah tinggi, kelahiran pramatang, bayi meninggal dalam perut ibu, trombosis dan uri terpisah sebelum kelahiran bayi.

Keinginan puan untuk melahirkan ramai anak mungkin tidak realistik disebabkan permasalahan kepada bayi dan ibu.

Komplikasi ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dan kadangkala menyebabkan kematian.

Puan perlu berjumpa doktor untuk rawatan sebelum puan hamil. Kajian menunjukkan rawatan dengan menggunakan aspirin pada kadar yang rendah ketika hamil berjaya menghasilkan kelahiran bayi yang sihat pada tempoh kehamilan normal.

Aspirin ini dijangka dapat menghalang pembekuan darah pada saluran darah di dalam uri. Dengan itu, ia dapat mengurangkan risiko darah tinggi dan IUGR.

Ada juga kajian yang mencadangkan rawatan pesakit APS menggunakan kedua-dua aspirin dan heparin.

Heparin ialah satu lagi agen penghalang pembekuan darah daripada berlaku.

Sumber: Berita Harian Online

Share This:

Post Tags:

Hai dan selamat datang ke blog Mamapeduli! 👋

Terima kasih sebab sudi singgah dan luangkan masa di sini. Blog ini sebenarnya bermula sebagai tempat kami Kak Darling dan suami kumpul info dan artikel tentang dunia keibubapaan — maklumlah, banyak benda nak belajar bila ada anak! Tapi tak sangka pula, makin lama makin ramai yang singgah dan baca. Alhamdulillah.

Nak jujur sikit — kebanyakan artikel yang kami kongsikan bukan hasil tulisan kami sendiri. Kami ambil daripada pelbagai sumber yang kami nyatakan di bawah setiap artikel. Tujuannya cuma satu: nak mudahkan orang lain dapat info yang berguna, macam mana kami pun pernah cari dulu.

Kalau ada panduan atau tip yang anda rasa nak cuba, kami galakkan sangat untuk rujuk dulu dengan pakar atau mereka yang bertauliah. Sebab setiap anak dan keluarga tu unik, kan?

Nota penting ya! Segala penulisan dan testimoni berkaitan produk yang dikongsi di laman ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan. Kalau anda atau anak mengalami isu kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Kesihatan bukan perkara main-main ❤

Harapan kami, semoga blog ni dapat beri manfaat dan jadi tempat rujukan yang berguna untuk semua. Terima kasih sekali lagi kerana singgah. 😊

No Comment to " Penyakit APS Punca Keguguran Janin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM