Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Berpantang"

Pengalaman Mencari Suplemen Untuk Berpantang dan Menyusu

/ No Comments
Assalamualaikum.. hai mommies :)

Bila anak dah 4 ni banyak betul orang tanya Kak Darling pasal bab menyusu dan berpantang ni ek. Lagi-lagi pasal suplemen untuk berpantang atau menyusu. Ya, Kak Darling memang fully breast feed anak-anak dari lahir. Sampai bila? sampai umur setahun lebih dekat 2 tahun baru campur-campur dengan susu tepung. Fasa transisi katanya.. 

Masa mengandungkan yang sulung, Kak Darling decide untuk berhenti kerja, tapi company minta Kak Darling work from home sehingga projek selesai. Requirement projek, Kak Darling dapat dari bos je, so Kak Darling kena selalu online. Menyambil-nyambil tu Kak Darling selalu lah godek-godek pasal suplemen kehamilan, berpantang dan menyusu ni.

Senaman Selepas Pembedahan Caesarian

/ No Comments

Senaman yang boleh dilakukan selepas pembedahan Caesarian 


1. Mulakan senaman dihari pertama selepas pembedahan. Dibawah ini adalah senaman senaman yang disyorkan :
  • Senaman menarik nafas
  • Batuk untuk memulihkan paru-paru
  • Senaman betis dan kaki


2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati hati di keadaan yang selesa diatas katil.


Senaman perut setempat

  • Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi, 3 kali sehari.
Senaman Selepas Pembedahan Caesarian


Senaman Untuk Ibu Selepas Bersalin

/ No Comments

Senaman Untuk Ibu Selepas Bersalin

Di syorkan untuk memulakan senaman pada hari pertama selepas kelahiran biasa. Anda boleh juga memulakan senaman semasa anda berbaring dikatil.

Cuba cara-cara berikut:
  • Gerakkan kaki keatas dan kebawah, 10 kali.
  • Gerakkan kaki secara pusingan, ikut arah jam, lawan jam, 10 kali.
  • Senaman tarik nafas dalam, 3 kali.
  • Ulang senaman ini 3 kali sehari.

Bila anda bertambah baik anda boleh mengubah kedudukan (baring, duduk dan berdiri ) semasa bersenam
  • Kuncupkan otot-otot pelvis anda, rasakan kontraksi dan relaks ,5 kali.
  • Kuncupkan perut dan relaks 5 kali.
  • Kuncupkan otot punggung, relaks 5 kali.

Bergantung kepada kebolehan dan keupayan, anda boleh meneruskan seperti berikut:
  • Meniarap dengan melapikan satu atau dua bantal dibawah pinggul, kuncupkan perut dan relaks - 5 kali
  • Meniarap, kuncupkan otot pelvis - 5 kali
  • Meniarap kuncupkan otot punggung, relaks - 5 kali


Senaman untuk menguatkan pinggang

1. Baring dengan kepala dan bahu disokong sendi pinggul dan sendi lutut sedikit bengkok, kuncupkan perut anda dan relaks – 5 kali.



Tips Mencari Tukang Urut Berpantang

/ No Comments

Tips Mencari Tukang Urut Berpantang

tips-mencari-tukang-urut-untuk-berpantang

Agak sukar untuk mencari tukang urut di zaman sekarang berbanding zaman mak dan nenek kita dahulu. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk ibu-ibu di dalam pantang tidak berurut. Dengan berurut, peredaran darah di dalam badan kita akan menjadi lebih lancar. Berurut juga boleh membuang angin dari badan ibu baru bersalin.

Bilakah Boleh Mandi Selepas Bersalin Cesarean?

/ No Comments

Bilakah Boleh Mandi Selepas Bersalin Cesarean?

mandi selepas bersalin caeser
Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.

1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.

2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi. Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi.

Selain dari itu ingin saya berkongsi dengan anda kenapa mandi selepas bersalin itu juga penting :
  1. Untuk bersihkan badan. Selepas bersalin banyak daki keluar dari kulit. Bagi yang ada pengalaman bersalin sebelum ni pasti tahu… memang berdaki lah badan tu 
  2. Untuk segarkan badan - ya… kalau tak mandi, he…he… berbau busuk lah nanti
  3. Mandi juga dapat membantu agar anda pulih dengan lebih cepat. Sebab selepas mandi terasa lebih segar, bila rasa segar minda rasa lapang. Hatipun lebih gembira.
Bilakah Boleh Mandi Selepas Bersalin Cesarean?

Cara Berurut Wanita Pantang Bersalin

/ No Comments

Cara Berurut Wanita Pantang Bersalin

Cara Berurut Wanita Pantang Bersalin

Berurut semasa dalam pantang adalah digalakkan bagi ibu-ibu, tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan wanita selepas bersalin. Berurut ini hendaklah dilakukan seminggu setelah ibu-ibu melahirkan anak.

5 Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean

/ No Comments

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean 

Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean
Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah Bahamanian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan. 

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin

/ 1 Comment

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal (Luka Episiotomi) agar cepat sembuh

Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri. Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.