Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Penyusuan"

Teknik Menyusu Badan? Kacang Je! Jom Ikut Tips Ni

/ No Comments

Menyusu Badan? Kacang Je! Jom Ikut Tips Santai Ni


Hai mommy! Perjalanan menyusu ni memang best, tapi kadang-kadang boleh pening kepala sikit kan, lagi-lagi untuk yang baru pertama kali. Rileks, jangan stres! Kak Darling ada tips sempoi untuk bantu mommy dan si manja.

1. Paling Penting: Cara Lekapan Kena Betul!

Okay, benda paling basic dan paling penting sekali: pastikan si manja melekap dengan betul. Kalau cara dia 'latch' tu salah, aduh... memang boleh rasa sakit kat mommy nanti.

Macam mana nak tahu lekapan tu dah 'on point' ke belum?

  • Acah-acah sikit puting kat bibir baby sampai dia bukak mulut luas-luas.

  • Masa ni, cepat-cepat pastikan dia 'ngap' sebanyak mungkin kawasan gelap (areola) tu, bukan puting je.

  • Mommy akan nampak rahang dia bergerak-gerak dan dengar bunyi dia menelan. Haa, kalau macam tu, memang ngam dah tu!

  • Bila dah kenyang, si comel tu akan berhenti menyusu sendiri.

  • Tapi kalau dia tak berhenti-henti padahal susu macam dah habis, mommy selitkan je jari kelingking kat tepi mulut dia untuk lepaskan hisapan tu.


2. Rasa Macam "Tingle"? Haa... Susu Dah Sampai!

Mommy pernah rasa macam berdenyut atau suam-suam je kat breast masa baby baru start menyusu? Itu tandanya 'let-down reflex', maksudnya susu tengah laju memancut keluar untuk si manja. Kalau tak rasa macam ni, jangan panik. Mungkin sebab mommy penat, sakit, stres, segan atau ada benda lain yang ganggu. Cuba cari port yang tenang dan rileks sikit untuk menyusu, ya?



3. Cari Port & Posisi Paling Selesa

Nak menyusu ni, mommy dengan baby kena sama-sama selesa. Pastikan badan baby rapat betul dengan badan kita, muka dia betul-betul depan breast. Kepala, leher, dengan badan dia kena lurus je, jangan bengkok-bengkok. Mommy pun kena duduk tegak tau, kalau lenguh, lapik je bantal kat belakang.


Jom kita tengok beberapa gaya menyusu yang popular ni:

  • Gaya Dukungan (Cradle Hold): Ini gaya paling legend, ramai mommy suka! Baby landing elok-elok perut-ke-perut dengan mommy, so dia tak payah pusing kepala nak menyusu.

  • Gaya Bola Sepak (Football Hold): Gaya ni memang best kalau mommy baru lepas C-section, ada big cup, baby premature, atau nak susukan anak kembar sekali gus!


    Support
    kepala baby dengan tangan, dan jangan lupa letak bantal untuk ampu badan dia.


  • Posisi Baring: Kalau mommy dengan baby dua-dua dah layu, haa... baring jelah! Kalau mommy bersalin C-section, gaya baring ni mungkin penyelamat untuk hari-hari pertama.




4. Kiri Kanan, Kiri Kanan: Jangan Lupa Tukar Belah

Setiap kali menyusu, jangan lupa offer dua-dua belah 'kilang susu' kita tu ya. Bagi baby minum kat satu belah sampai dia berhenti sendiri. Lepas tu, angkat dia, sendawakan dulu, baru sambung bagi yang sebelah lagi sampai dia betul-betul puas. Nanti bila nak menyusu lagi, mulakan dengan breast yang rasa lebih berat atau penuh tu.


5. Penutup: Wajib Sendawakan!

Dah habis sesi minum-minum, jangan lupa 'burp' kan si comel tuStandby kain lap kat bahu, mana tahu ada 'susu terkeluar' sikit. Sandarkan baby kat bahu, lepas tu gosok atau tepuk-tepuk manja belakang dia. Kalau dah 30 saat tepuk-tepuk tapi dia tak burp jugak, maksudnya takde angin la tu. Rileks je.


Selamat mencuba mommy! Ingat, menyusu ni satu proses belajar. Sabar sikit okay? Nikmatilah setiap momen indah dengan si manja anda. You can do this!

Pengalaman Mencari Suplemen Untuk Berpantang dan Menyusu

/ No Comments
Assalamualaikum.. hai mommies :)

Bila anak dah 4 ni banyak betul orang tanya Kak Darling pasal bab menyusu dan berpantang ni ek. Lagi-lagi pasal suplemen untuk berpantang atau menyusu. Ya, Kak Darling memang fully breast feed anak-anak dari lahir. Sampai bila? sampai umur setahun lebih dekat 2 tahun baru campur-campur dengan susu tepung. Fasa transisi katanya.. 

Masa mengandungkan yang sulung, Kak Darling decide untuk berhenti kerja, tapi company minta Kak Darling work from home sehingga projek selesai. Requirement projek, Kak Darling dapat dari bos je, so Kak Darling kena selalu online. Menyambil-nyambil tu Kak Darling selalu lah godek-godek pasal suplemen kehamilan, berpantang dan menyusu ni.

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

/ No Comments

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

10 Perkara Lucu Yang Berlaku Ketika Menyusu. No 4 Paling Buat Saya Tersenyum

Menyusukan si comel merupakan saat yang paling indah bagi wanita bergelar ibu. Dalam melengkapkan perjalanan penyusuan tentu banyak kisah suka duka yang ibu lalui. Mungkin salah satu daripada 10 perkara lucu tersebut pernah berlaku kepada anda semua.


  1. Kesan bunyi ketika menyusu. Bayi anda memang pandai membuat pelbagai bunyi tanda dia sedang seronok menikmati susu ibunya. Sekiranya anda sedang menyusukan bayi di rumah tentu anda seronok dan bahagia mendengar bunyi comel tersebut tetapi bayangkan jika anda sedang menyusukan bayi di tempat awam. Hmm... (mesti ada yang bisik… baby pelan-pelan sikit .. nanti orang dengar… hehehehe)
  2. Kadang kala ketika bayi sedang menyusu, ibu biasanya sibuk membuat perkara lain seperti melihat telefon bimbit, membaca buku dan sebagainya tetapi tiba-tiba bayi anda melepaskan puting payudara anda dan susu masih memancut keluar! (Ada tak yang main Farmville? Kalau ada komen ya!)
  3. Terlupa payudara kanan atau kiri untuk sesi penyusuan seterusnya. (blurr sekejap)
  4. Tangan kecil yang menjalar. Biasanya tangan si kecil yang asyik menyusu turut sibuk menjalar di seluruh muka dan wajah ibu seperti memasukkan jarinya ke dalam mulut atau lubang hidung ibu, menarik rambut ibu, cuba menanggalkan cermin mata ibu dan bermacam lagi. Tapi ia sangat membahagiakan dan buat ibu tertawa lucu. (Betul… ini memang berlaku!)
  5. Pencarian puting. Lucu sangat bila bayi anda dipeluk dan dibaringkan dalam posisi menyusu oleh orang lain tetapi dia secara automatik akan mencari puting payudara. (Mesti bapa pun kene juga yer? Nasihat pada bapa.. sila pakai baju ketika dukung anak anda)
  6. Wajah bayi yang kenyang, gembira dan seronok selepas setiap kali penyusuan hanya membuatkan ibu tersenyum bahagia. (Release tension ketika ini)
  7. Semakin membesar bayi anda, semakin banyak gaya dia tunjukkan semasa hendak menyusu. (Ada yang menonggeng… ada kaki naik atas.. terbalik dan macam-macam.. sila komen gaya anak anda..kita share)
  8. Pantang ada bunyi yang mengganggunya ketika menyusu, bayi akan segera melihat ke arah bunyi tersebut sambil cuba membawa bersama puting payudara ibu. Ouchh...sakitnya hanya ibu sahaja yang tahu. (uikss.. ditarik macam nak putus kan…)
  9. Bunyi tidak sabar yang dilakukan oleh bayi apabila dia hendak menyusu terutama apabila ibu baru pulang dari kerja. Kadang kala sampaikan baju ibu dihisapnya! (Ini saat yang menggembirakan… betul tak?)
  10. Saling berbalas senyuman. Tiada yang lebih menggembirakan ibu selain daripada senyuman manis si kecil serta berbalas pandangan mata ketika proses penyusuan berlaku. Ia saat paling berharga! (Terima Kasih Tuhan atas kurniaan rezeki ini)

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

/ 1 Comment

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

Doa & Zikir Untuk Menambah Susu Badan

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

/ No Comments

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Mengapa Perlu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pemerahan Susu Ibu

/ No Comments

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pemerahan Susu Ibu Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

/ No Comments

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

Cara Memerah Susu Badan Dengan Tangan

Betulkah Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan?

/ No Comments

Menyusukan bayi bantu kuruskan badan?

menyusu bayi untuk kuruskan badan

Dr, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak?

Nor, Shah Alam