Terkini

Menu

Browsing "Older Posts"

Browsing Category "Pemakanan"

Anak Nak Cuba Teh? Tunggu Dulu, Mama & Papa! Jom Baca Ini Dulu

/ No Comments

Anak Nak Cuba Teh? Tunggu Dulu, Mama & Papa! Jom Baca Ini Dulu.

Pernah tak alami situasi ni? Anda sedang syok menikmati secawan teh O panas waktu petang, tiba-tiba si kecil datang dengan mata bersinar-sinar, "Nak sikit, bu..."


Hati pun cair. Alah, seteguk dua je, apa salahnya kan? Lagipun, nampak comel je si manja tu nak jadi "macam orang dewasa".


Sabar dulu! Sebelum anda hulurkan cawan tu, jom kita sembang santai sekejap tentang kenapa teh mungkin bukan kawan baik untuk anak-anak kecil kita. Bukan nak bagi ceramah, tapi sekadar perkongsian ilmu untuk kita sama-sama jadi ibu bapa yang lebih bijak.


1. Si Pencuri Tidur & Ketenangan (A.K.A Kafein)

Kita orang dewasa minum teh atau kopi kadang-kadang sebab nak bagi "segar" sikit, kan? Bahan yang bagi kesan segar tu namanya kafein.


Bagi badan kecil si manja yang masih sedang membesar, kesan kafein ni jauh lebih "power". Walaupun teh tak sekuat kopi, ia tetap ada kafein. Kesannya?

  • Susah Tidur: Anak mungkin jadi terlebih aktif dan susah nak lelap pada waktu malam. Kita pula yang pening kepala!

  • Gelisah & Resah: Kafein boleh buat anak rasa tak selesa, resah, atau degupan jantung jadi laju. Mereka tak pandai nak cakap, tapi kita boleh nampak mereka macam tak kena gaya.

  • Kerap ke Tandas: Kafein bersifat diuretik, yang bermaksud ia akan buat anak anda kerap kencing.

Pendek kata, kafein ni boleh kacau rutin rehat dan ketenangan anak yang sangat penting untuk tumbesaran mereka.


2. 'Gatecrasher' Nutrien Penting (Si Tanin yang Jahat)

Pernah dengar perkataan "tanin"? Ia adalah sebatian semula jadi dalam daun teh yang memberikan rasa kelat sikit tu. Bunyi macam tak ada apa-apa, tapi tanin ni ada satu perangai tak elok.


Dia suka "mengikat" zat besi.


Zat besi adalah hero dalam badan anak kita. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah, bekalkan oksigen ke seluruh badan, dan bagi tenaga untuk mereka berlari, melompat, dan belajar.


Bila anak minum teh, terutamanya dekat dengan waktu makan, tanin ni akan "curi" zat besi daripada makanan yang mereka makan. Akibatnya, badan mereka tak dapat serap zat besi tu dengan baik. Kalau berterusan, ia boleh menyumbang kepada risiko anemia (kekurangan sel darah merah).


3. Perangkap Manis yang Tersembunyi

Jarang sekali kita bagi anak minum teh kosong tanpa gula, kan? Selalunya mesti ada teh O ais limau, teh bersusu, atau teh tarik.


Di sinilah letaknya satu lagi masalah: gula berlebihan.


Terlalu banyak gula dalam diet anak boleh membawa kepada:

  • Kerosakan Gigi: Gula adalah makanan kegemaran bakteria dalam mulut yang menyebabkan kaviti.

  • Anak Jadi 'Picky Eater': Bila dah biasa dengan minuman manis, mereka mungkin akan menolak minuman sihat seperti air kosong atau susu.

  • Risiko Obesiti: Kalori kosong daripada gula boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan yang tidak sihat.

Jadi, Nak Bagi Minum Apa?

Jangan risau, banyak lagi pilihan yang lebih sedap dan sihat untuk si manja!

  • Air Kosong: Pilihan terbaik sepanjang zaman! Ajar anak suka minum air kosong dari kecil.

  • Susu: Penuh dengan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

  • Jus Buah Segar (Tanpa Gula Tambahan): Buat sendiri di rumah. Tapi ingat, berikan secara sederhana sahaja.

  • Infused Water: Letakkan potongan buah seperti lemon, strawberi atau daun pudina dalam air kosong untuk bagi sedikit rasa. Cantik pun cantik!

Kesimpulannya, Rileks Saja!

Bukan niat artikel ni untuk menakut-nakutkan anda. Kalau anak anda dah 'ter'minum seteguk dua teh, janganlah panik. Tak ada apa-apa yang serius akan berlaku.

Mesej utamanya adalah untuk menjadikan minuman manis dan berkafein seperti teh ini bukan minuman rutin untuk anak-anak. Anggap ia macam "treat" yang sangat jarang sekali diberikan bila mereka dah besar sikit nanti.

Untuk sekarang, biarlah mereka membesar dengan minuman yang betul-betul menyokong tumbesaran sihat mereka.

Cheers untuk pilihan yang lebih bijak untuk si manja kita!

Pengalaman Anak Sembelit Bila Tukar Susu

/ No Comments

 Assalamualaikum.. hai mommies..

Tengah Kak Darling scroll-scroll gambar-gambar dalam Instagram ternampak pulak gambar anak sulung Kak Daling, si Nisa.. umur dia waktu ni dalam setahun lebih.. tahun 2014 macam tu..

Masa ni dalam transisi nak campur antara breast feed dan susu tepung.. tak daya dah Kak Darling nak fully breast feed.. badan dia dah bambam.. haha


Ceritanya.. mula-mula kitorang cuba 3-4 susu formula.. harga dia tak payah cakaplah.. sebab Nisa kan anak sulung.. so pengalaman pun nan hado.. teorinya, kalau susu tu mahal, susu tu the best lah kot dari segala segi, ye tak? Ke kitorang je yang pakai teori ni? Huhu.. 


Realitinya, Nisa sembelit uolls.. sampaikan kitorang terpaksa pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak sebab berhari-hari dia tak berak. Kesian sangat kitorang tengokkan. Meleleh air mata masa Nisa meraung-raung dipaksa berak dalam toilet klinik lepas doktor bagi ubat bontot. Dia punya meraung jangan cakaplah.. sampaikan ramai yang datang bertanya.. huhu

Makanan Yang Menyebabkan Kahak Dan Lendir

/ No Comments
7 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Kahak Dan Lendir

Kahak Degil Tak Nak Keluar? Kak Darling Bongkar Senarai Makanan yang Buat Lendir Makin Melekat!


Hai ibu-ibu hebat semua! 


Pening kepala kan bila anak kita batuk atau selesema? Dahlah mereka tak selesa, kita yang berjaga malam ni pun risau. Lagi satu yang buat kita geram, mestilah si kahak dengan lendir yang melekat kuat dekat tekak tu. Kesian tengok anak, nak bernafas pun susah.

Ramai tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang boleh jadi "geng" si kahak ni. Makanan-makanan ni bukan punca utama batuk, tapi ia boleh buat kahak jadi makin pekat dan makin banyak. Jom kita kenal pasti "suspek-suspek utama" di dapur kita.

1. Geng Makanan Bergoreng & Berminyak

Memang sedap, Kak Darling faham. Ayam goreng, kentang goreng, nugget... Aduh, semua tu memang kegemaran anak-anak. Tapi, masa tengah batuk berkahak, makanan yang digoreng tenggelam (deep fried) ni adalah musuh nombor satu. Lemak dan minyak yang berlebihan boleh mencetuskan keradangan dan menggalakkan badan menghasilkan lebih banyak lendir sebagai tindak balas.

Kata kunci: Kurangkan dulu lauk yang 'berenang' dalam minyak ya, ibu-ibu.


2. Si Manis yang Melampau (Gula Berlebihan)

Kek, biskut, aiskrim, dan air kotak manis. Gula yang tinggi bukan saja tak elok untuk kesihatan secara umum, malah ia boleh melemahkan sistem imun badan anak kita. Bila imun lemah, lagi sukarlah badan mereka nak lawan jangkitan yang menyebabkan batuk tu. Lebih teruk lagi, gula juga bersifat pro-keradangan, yang boleh merancakkan lagi pengeluaran lendir.

Kata kunci: Gantikan dengan buah-buahan yang ada rasa manis semulajadi.


3. Produk Tenusu (Susu, Keju, Yogurt)

Haa... yang ini memang selalu jadi perdebatan. Betul ke susu buat kahak makin banyak? Sebenarnya, bagi kebanyakan orang, produk tenusu tak menghasilkan lebih banyak kahak. Tapi! Ia boleh membuatkan kahak sedia ada menjadi lebih pekat dan likat.

Bayangkan lendir tu macam gam, bila minum susu pekat, ia seolah-olah 'menambah kuasa' pada gam tu. Jadi, anak akan rasa lebih tak selesa dan susah nak keluarkan kahak. Cuba perhatikan anak anda. Kalau nampak makin teruk lepas minum susu, mungkin elok direhatkan sementara waktu.

Kata kunci: Ini bukan pantang larang kekal, cuma 'rehatkan' sementara anak pulih.


4. Makanan yang Mungkin Memicu Alahan (Telur, Soya, Gandum)

Untuk poin ini, ia sangat bergantung pada badan anak kita. Telur, produk soya (macam tauhu dan air soya), serta gandum (roti, pasta) bukanlah penyebab kahak untuk semua orang.

Tapi, jika anak anda ada alahan atau sensitiviti pada makanan-makanan ini, badannya mungkin akan bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak histamin, yang membawa kepada simptom seperti hidung berair dan lendir berlebihan.

Nasihat Kak Darling: Jadi pemerhati. Kalau nampak kahak anak makin menjadi-jadi lepas makan roti telur waktu sarapan, cuba elakkan untuk beberapa hari dan lihat perbezaannya.


Jadi, Apa Nak Buat?

Fokus utama kita adalah untuk bantu anak rasa lebih selesa. Bila anak batuk berkahak:

  • Banyakkan minum air suam: Ini pencair kahak semula jadi yang paling power!

  • Hidangkan sup jernih: Sup ayam panas memang legend! Ia bukan saja melegakan, tapi wap panas tu pun membantu mencairkan lendir.

  • Guna bahan semula jadi: Tambah sedikit halia dalam masakan atau berikan madu (untuk anak setahun ke atas) untuk melegakan tekak.

Ingat ya, ibu-ibu. Kita bukan nak sekat semua makanan kegemaran anak. Cuma, masa mereka tak sihat, kita perlu jadi lebih bijak dalam memilih apa yang masuk ke dalam badan kecil mereka. Bila kahak dah kurang dan batuk pun reda, bolehlah bagi semula makanan tu sikit-sikit.

Semoga anak-anak kita cepat sembuh dan kembali ceria!

Berapakan Keperluan Kalori Kanak-Kanak Aktif?

/ No Comments

Keperluan Kalori Kanak-Kanak Aktif

Berapakan Keperluan Kalori Kanak-Kanak Aktif?

Pemakanan sihat amat penting dalam membekalkan nutrien dan mengurangkan risiko mendapat penyakit. Pemakanan sihat dan seimbang membolehkan kita mendapat tenaga (kalori) dan nutrien yang diperlukan. Panduan Diet Malaysia (2010) menyarankan agar makanan yang diambil adalah seimbang, pelbagai dan dalam kuantiti yang sederhana. Tiga prinsip ini juga boleh diaplikasikan ke dalam perancangan pemakanan kanak-kanak.

Anak Alergik Makan Telur?

/ No Comments

Anak Alergik Makan Telur?

Anak Alergik Makan Telur?

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil

/ 1 Comment

20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Adalah penting untuk bakal ibu untuk mengambil vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi) yang lengkap. Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Namun dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.

Jom! kita lihat makanan dan minuman yang perlu dielakkan.

1) Keju lembut

Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")

2) Daging mentah atau separuh masak 

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F  untuk hamburger, dan 165° F  untuk ayam.

3) Berhati-hati dengan jus buah-buahan

Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak  dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.

4)  Sushi

Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9 bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.

5) Adunan tepung mentah

Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!

6) Salad dressing

Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).

7) Tiramisu

Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.  Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".

8) Ikan bermerkuri tinggi

Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia (http://www.idosi.org/wjfms/wjfms3(3)11/8.pdf) berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :

(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).

(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.

9) Daging yang diproses (deli meats)

Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!

10) Kekacang

Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.


11) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh

Ketika hamil adalah saat dimana anda harus banyakkan memakan buah-buahan & juga sayur-sayuran. Tapi PASTIKAN anda telah membasuhnya dengan sempurna! Parasit toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh dan boleh mengakibatkan penyakit Toxoplasmosis yang sangat merbahaya kepada bayi yang dikandung.

12) Taugeh mentah

Elakkan makan taugeh mentah kerana bakteria boleh membiak di dalam benih taugeh sebelum ia tumbuh & membesar lagi! Bakteria ini hampir mustahil untuk di'buang'. Di kedai makan, pastikan sandwich yang anda pesan tidak mengandungi taugeh mentah. Di rumah pula, pastikan anda memasak taugeh dengan sempurna untuk mematikan bakteria!

13) Makanan laut atau ikan salai (ready-to-eat smoked seafood)

Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.

14) Kerang-kerangan mentah

Kerang-kerangan mentah adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut kerana mengandungi parasit dan bakteria. Jadi elakkan tiram yang dimakan mentah. Namun, makanan laut (seperti tiram, kerang, kepah, kupang) yang dimasak sempurna adalah selamat dimakan semasa hamil. 

PERINGATAN : Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak....sila buang!

15) Ikan dari perairan tempatan

Elakkan memakan ikan yang ditangkap/dipancing sendiri, melainkan anda memang arif & tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga...boleh, tapi berhati-hati ya! :)

16) Juadah 'potluck'

Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi  '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.  Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.

17) Susu yang tidak dipasteur

Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing belum melalui proses pempasteuran yang melindungi dari bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu & bayi yang dikandung.

18) Minuman dan makanan yang berkafein

Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

19) Alkohol, Minuman bergas & Makanan ringan

Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG!

20) Bungkusan makanan polisterin

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.



Sumber: www.lyanahisham.my
20 Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Apa Yang Perlu Diberi Sebagai Makanan Pejal Pertama Bayi Anda

/ 1 Comment

Apa Yang Perlu Diberi Sebagai Makanan Pejal Pertama Bayi Anda

Apa Yang Perlu Diberi Sebagai Makanan Pejal Pertama Bayi Anda

UMUR 6 BULAN:- 

  • Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.
  • Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1 sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.
  • Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.
  • Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.
  • Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.
  • Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice , Avocado & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN:-

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet Potato, Dates, Green Bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas, Ayam, Tauhu @ tofu lembut


UMUR 8 ~ 10 BULAN:-

Brown Rice, Oat, Barley, Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot, Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)

Selepas baby 8 bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN:- 

Semua jenis grain, Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish


Sumber: jalanabadi172784.blogspot.com
Apa Yang Perlu Diberi Sebagai Makanan Pejal Pertama Bayi Anda

20 Soalan Lazim Mengenai Makanan Pejal Bayi

/ No Comments

20 Soalan Lazim Mengenai Makanan Pejal Bayi

20 Soalan Lazim Mengenai Makanan Pejal Bayi

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
  • Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.