Terkini

Menu

7 Cara Dan Tips Mengajar Anak Tentang Disiplin

7 Cara Dan Tips Mengajar Anak Tentang Disiplin


Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal. Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:


1. Jauhi perkataan ‘Jangan’

Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.

Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?

Bukankah ibu-bapa guru dan ‘role-model’ pada anak-anak. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.



2. Elakkan pukul anak

Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.



3. Puji anak depan orang lain

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.



3. Pelajari ilmu ‘child development’ dan ‘parenting’

Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas parenting jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.



4. Gunakan ‘Reward System’

Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611″. 



5. Guna kaedah ‘Distraction’ untuk alihkan tumpuan anak

Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Dough, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.



6. Ajarkan kaedah ‘Logical Consequences’

Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.



7. Guna teknik ‘Positive Discipline’

Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah” (Tengok! Kami guna ‘jangan’ lagi. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.


Kesimpulan

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan naka, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.

Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

Credit: siraplimau.com

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " 7 Cara Dan Tips Mengajar Anak Tentang Disiplin "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM