Terkini

Menu

Kencing Kotor Dikalangan Ibu Hamil

Apa Itu Gejala Kencing Kotor?

Kencing Kotor Dikalangan Ibu Hamil

Kencing Kotor amat menyakitkan jika anda mengalami. Apa itu UTI?
UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter ialah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh. Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atas beberapa faktor berbanding golongan lain.


Mengapa Wanita Hamil Berisiko Mengalami UTI?
Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor. Antaranya ialah:
  • Kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing betambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim semakin membesar dan menekan salur kencing uterer daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula.


Bagaimana UTI Boleh Menjejaskan Bayi Anda?
Kalau si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang disebabkan oleh UTI, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami kemungkinan kelahiran awal atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat.


Simptom UTI
Buat wanita hamil sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya:
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing berdarah dan berbau busuk.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami.
  • Demam.



Bebas Daripada Gejala UTI
Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan UTI, beberapa tindakan perlu diamalkan bagi mencegah komplikasi UTI ini ketika anda mengandung. Antaranya ialah:
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa ingin berbuat demikian. Menangguhkan pembuangan air kecil menggalakkan pembiakan kuman.
  • Digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin
  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit

Sumber
Kencing Kotor Dikalangan Ibu Hamil

Share This:

Post Tags:

PENAFIAN

Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan apa jenis penyakit dan masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu


Sebahagian artikel adalah dari sumber luar yang dinyatakan punca sumbernya.

No Comment to " Kencing Kotor Dikalangan Ibu Hamil "

  • To add an Emoticons Show Icons
  • To add code Use [pre]code here[/pre]
  • To add an Image Use [img]IMAGE-URL-HERE[/img]
  • To add Youtube video just paste a video link like http://www.youtube.com/watch?v=0x_gnfpL3RM